Bagaimana Unit Trust Buat Untung? Cara Kira Unit Trust
![]() |
Dividen dalam Unit Trust adalah keuntungan! |
Bagaimanakah Kita Mendapat Keuntungan dari Pelaburan Unit Trust?
Ini soalan biasa sangat orang bertanya, “En Fairuz, macam mana nak tau melabur Unit Trust ni boleh untung berbanding melabur ASB, Tabung Haji, KWSP dan beli emas? Lepas tu, bila boleh untung? Banyak mana untung?”.
Saya boleh jawab soalan 1 dan 2 tapi, soalan ke 3 tu memang saya tak tau. Saya cuma boleh bagi jangkaan dan potensi keuntungan. Unit Trust ni bersifat naik turun. Mustahil saya boleh teka (kalau ada Wizard Crystal Ball boleh kot hehehe). Tapi terus terang cakap, soalan 1 dan 2 jika anda melabur dengan saya, saya tunjukkan strategi betul untuk melabur Unit Trust. Strategi terbaik melabur Unit Trust adalah Saya akan menjadi Watcher PERTAMA dan anda sebagai Watcher KEDUA. Anda tahu status duit anda dari masa ke semasa.
1) Income Distribution ataupun dipanggil Dividend
Cara mudah nak faham, unit trust macam ASB ada dividen 7-8% tiap-tiap tahun. Anda darabkan dengan jumlah pelaburan anda. Contoh duit pelaburan RM10,000, di hujung tahun ada dividen 8% maka anda dapat dividen RM800. Duit anda sekarang menjadi RM10,000 + RM800.
Pelabur akan memperolehi keuntungan melalui distribution yang diberikan (saya hanya melabur fund TERBAIK yang ada DIVIDEN tinggi sahaja). Perlu dingatkan, policy distribution dipengaruhi oleh market performance. Anda PERLU FAHAM bahawa, bukan semua fund Unit Trust adalah fund yang ada DIVIDEN! Dividen hanya diberi jika fund tersebut mempunyai performance yang baik dan membuat untung sahaja! Jika anda pernah melabur, baik anda check semula fund anda, ada dividen ke tak ada.
Kalau fund tu tak isytihar dividen langsung, maka fund tersebut memang anda patut jauhi dari awal lagi. Kalau sesiapa terlajak melabur dalam fund seumpama ini, ada masa lagi. Keluarkan dan labur ke dalam fund atau dana yang keuntungan tinggi. Saya boleh pilih bersama-sama dengan anda dan jika anda puas hati dengan pilihan yang ada, barulah anda pilih melabur dengan saya. Klik <SINI> untuk senarai fund terbaik di Malaysia ketika ini.
Contoh pengiraan:
Katakanlah Anda melabur sebanyak RM10,000 di dalam Fund atau Dana Ekuiti A pada 1 Januari 2015. Harga seunit NAV masa beli adalah RM0.50/unit.
Service charge = RM5.5% x RM10,000 = RM550
Total investment = RM10,000 – RM550 = RM9,450
Jadi total unit anda = RM9,450 / RM0.50 seunit = 18,900 unit
Katakanlah Fund Ekuiti A declare distribution pada 1 Julai 2016 pada 7 sen seunit. Oleh itu keuntungan diperolehi:
Distribution = RM0.07 seunit x 18900 unit = RM1323
Sekiranya RM1323 ini tidak direedem atau dikeluarkan, automatically ia akan dilaburkan semula (reinvest distribution) dalam bentuk unit mengikut harga NAV berikutnya. Contohnya harga NAV masa dapat dividen ialah RM0.40 seunit;
Unit dilaburkan semula = RM1,323/0.40 = 3307.5 unit
Jadi total unit baru = 18900 + 3307.5 = 22,208 unit (jadi unit anda sudah bertambah!)
Kemudian, sekiranya market naik semula pada Julai 2017 pada harga RM0.62/unit dan pelabur decide untuk jual:
Jumlah jual = RM0.62 x 22208 unit = RM13,768.96
Oleh itu keuntungan = RM13,768.96 - RM10,000 = RM3768.96
= (RM3768.96/RM9,450) X 100% = 39.89 %
* Baru dua tahun, kalau lagi lama? Huhuhu...
2) Capital Gain atau Beli Harga Rendah Jual Harga Tinggi
Capital Gain atau bahasa mudah : membeli pada harga yang rendah tetapi menjual pada harga yang tinggi. Atau beli Unit Trust masa harga NAV rendah, jual bila harga NAV tinggi!Contoh pengiraan:
Katakanlah Anda melabur sebanyak RM10,000 di dalam fund B pada 1 December 2014, time tu market dah down (Memang market Malaysia tengah Down, harga minyak jatuh, nilai RM jatuh, ekonomi Malaysia meleset maka harga saham di Malaysia pun jatuh!). Harga seunit NAV time tu pula RM0.30/unit.
Service charge = RM5.5% x RM10,000 = RM550
Total investment = RM10,000 – RM550 = RM9,450
Jadi total unit anda = RM9,450 / RM0.30 seunit = 31,500 unit
Katakanlah sebelum mendapat dividend pada bulan Julai 2015, market dah naik dan harga seunit NAV pada Julai 2015 adalah RM0.600/unit. Oleh itu keuntungan diperolehi:
Keuntungan = RM0.600 x 31500 unit = RM18900
= RM18900 – RM10,000 = RM8900
= (RM18900/RM9,450) X 100% = 200% Untung! gilerr lah...
* Masa terbaik beli Unit Trust atau market timing sgt penting!!! Berapa nak naik kita tak mungkin tahu tapi berapa harga mula kita beli, kita yang kawal...
3) Unit Split
Kadang-kadang ada fund yang tidak mahu memberikan dividen. Mereka gantikan dengan memberikan unit tambahan. Contohnya, setiap unit yang kita ada diberikan tambahan lagi satu unit. Kalau saya ada 10000 unit, maka saya akan diberikan tambahan lagi 10000 menjadikan JUMLAH UNIT TERKINI saya 20000 unit.Biasanya, fund yang memberikan unit ini tidak berapa untung dan sebagai ganti jangka masa panjang, mereka berikan unit tambahan supaya pelabur terus setia bertahan sehinggalah fund benar-benar buat untung. Terpulanglah kepada anda untuk SETIA atau BUAT UNTUNG hihihi. Jom melabur dengan saya. Jangan buang masa setia tak bertempat ni.
Serius nak mula melabur Unit Trust? Contact Saya SEGERA! Klik Whatsapp Link= <<DIRECT WHATSAPP>>
- Apakah
Unit Trust atau Amanah Saham
- Bagaimana
Unit Trust Buat Untung? Cara Kira Unit Trust
- Boleh
ke beli Rumah guna Unit Trust?
- Cara
Jika Nak Mula Melabur Unit Trust - Newbie
- Cara
Untuk Melabur Unit Trust Tanpa Modal
- FAQ
Soalan Lazim Unit Trust
- Fakta
KWSP yang Menakutkan: Ambil cakna dan bertindak
- Gandakan
Keuntungan Pelaburan Unit Trust Anda
- Kenapa
Melabur Sendiri Tanpa Ejen Selalu Gagal?
- Panduan
Cara Kurangkan Cukai Pendapatan Individu 2015
- Perunding
CWA Cimb Wealth Advisor
- Perunding
Public Mutual
- Petunjuk
Saham Unit Trust Akan Jatuh Teruk
- Quotation
Pelaburan Unit Trust Untuk Anda: Anda Buat Pilihan Terbaik
- Rating
Ranking Unit Trust Terbaik Malaysia? Yang Mana Satu Nak Pilih
- Strategi
dan Teknik Berkesan untuk Pelaburan Unit Trust Terbaik
- Tambah
Pendapatan dan Rezeki Untuk Keluarga dan Masa Depan. Pelaburan Unit Trust
- Teknik
Dollar Cost Averaging DCA atau Ringgit Cost Averaging RCA
- Testimoni
Unit Trust Terbaik Malaysia
- Unit
Trust Fund Terbaik Dana Saham Amanah Terbaik The Best Unit Trust Islamic
Fund : CIMB Islamic Fund
- Unit
Trust adalah Satu Teknik Menyimpan Wang
Link Pelaburan Lain Jika Anda
Berminat:
SPONSORED