Harga Unit Trust Sedang RUNTUH 2018 bertindak MELABUR Sekarang!!!

Anda mencari-cari di mana nak labur Unit Trust ? Saya akan berkongsi dengan anda cara TERBAIK untuk melabur dengan efektif dan strategi BERKESAN. Bukan ayat manis tapi saya akan kongsikan TEKNIK PELABURAN UNIT TRUST SEBENAR jika anda berminat melabur pada jangka masa panjang dengan saya!

Apakah Unit Trust atau Amanah Saham

Unit Trust atau Amanah Saham

Dari segi definasi, menurut Persekutuan Pengurusan Unit Amanah Malaysia atau lebih dikenali FMUTM (Federation of Malaysian Unit Trust Managers), Skim unit amanah atau Unit Trust Scheme (UTS) merupakan suatu bentuk pelaburan kolektif yang membolehkan para pelabur yang mempunyai objektif pelaburan yang sama mengumpul wang mereka, dan kemudian dilaburkan ke dalam pelbagai portfolio sekuriti atau asset lain yang diuruskan oleh pengurus professional. 

unit trust malaysia management
Pengurusan Dana Unit Trust Malaysia

Dalam erti kata lain, wang-wang pelabur akan diletakkan dalam satu dana yang diuruskan oleh suatu syarikat pengurusan dana yang dipanggil “Syarikat Pengurusan Unit Amanah” atau ringkasnya UTMC (Unit Trust Management Company). UTMC ini pula akan melaburkan dana ke dalam pelbagai portfolio yang telah diluluskan seperti :

                         equity, balanced, fixed income, bond dan money market 

Ataupun asset-aset lain dalam syarikat-syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia atau pasaran ekuiti di luar negara. UTMC ini mestilah yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti (Securities Commission – SC) dan terikat dengan beberapa akta perundangan. Selain daripada SC, beberapa pihak lain juga terlibat dalam mengawal-selia industri skim unit trust ini demi menjaga kepentingan pelabur-pelabur, antaranya ialah Pemegang Amanah (Trustees), Juruaudit (Auditors), FMUTM dan Kementerian Kewangan.

Bagaimana memulakan Pelaburan Unit Trust?
Anda boleh mula melabur di dalam unit amanah melalui 3 cara iaitu:

1. Pelaburan secara lump sum
2. Pelaburan secara simpanan bulanan
3. Pelaburan melalui Skim Pelaburan Ahli KWSP

1. Pelaburan Secara Lump Sum

Bagi pelabur yang mempunyai sejumlah wang terkumpul, pelaburan secara lump-sum adalah yang terbaik. Sepanjang tempoh pelaburan yang dicadangkan (3-30 tahun), modal di awal pelaburan tadi akan mengalami pertumbuhan dengan memperolehi keuntungan daripada agihan (distribution), dan juga pertumbuhan modal (iaitu kenaikan harga semasa unit amanah).

Apabila berlaku jualan semula unit / penebusan unit oleh pelabur, pelabur akan mendapat 2 jenis keuntungan:

1) keuntungan daripada perbezaan harga jual dan harga belian unit amanah;
2) keuntungan daripada agihan (distribution) yang disokong oleh kelebihan compound interest ke atas agihan yang diperolehi pada setiap tahun, dengan syarat agihan tersebut dilaburkan semula sebagai modal tambahan.

Contoh,

jika anda memulakan pelaburan dengan modal RM10,000 dan menerima agihan sebanyak 8 sen/unit pada nilai seunit saham RM 1.00 seunit, keuntungan yang diperolehi adalah RM 0.08 x 10, 000 unit = RM 800 dan jika anda laburkan semula agihan tadi,  maka modal bagi tahun berikutnya menjadi RM 10,800. Jika hal ini berterusan i.e. agihan sebanyak 8%/tahun selama 30 tahun dilaburkan semula setiap tahun, maka modal RM 10,000 tadi akan menjadi RM100,626.57 selepas 3o tahun.

2. Pelaburan secara Simpanan Tetap Bulanan

Bagi pelabur yang tidak mempunyai sejumlah wang yang besar sebagai modal permulaan, pelaburan secara simpanan bulanan adalah yang terbaik. Ia adalah cara yang ideal, berdisiplin dan berguna bagi tujuan mengumpul wang untuk digunakan pada masa yang diperlukan. Dengan membuat pelaburan tetap secara bulanan untuk suatu tempoh tertentu, anda tidak perlu risau dengan turun naik harga unit amanah, kerana kos belian akan dipuratakan sepanjang anda melabur. Ini adalah teknik yang dipanggil pemurataan kos-ringgit (ringgit-cost averaging).
Contoh,

jika anda melabur RM100 sebulan selama 30 tahun, dengan compound interest 8%/tahun dikompaun secara bulanan,anda akan mempunyai RM150,030 pada 30 tahun akan datang!!

3. Pelaburan melalui Skim Pelaburan Ahli KWSP

Sebagai tambahan kepada pelaburan secara lump-sum dan pelaburan tetap bulanan, ahli KWSP juga boleh melabur melalui Skim Pelaburan Ahli KWSP, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh KWSP.

Pengeluaran untuk pelaburan adalah dibenarkan kepada ahli yang mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM5,000 melebihi baki simpanan asas di dalam Akaun 1, dan belum mencapai umur 55 tahun. Untuk ahli yang layak, mereka boleh melaburkan sebahagian daripada simpanan ini di dalam unit amanah melalui pengurus dana luaran yang dilantik oleh Kementerian Kewangan. Contoh saya la tu :)

Jumlah simpanan yang boleh dilaburkan mestilah tidak kurang daripada RM1,000 dan tidak melebihi 20 peratus dari jumlah simpanan yang melebihi baki simpanan asas di dalam Akaun 1. Pelaburan secara terus adalah tidak dibenarkan. Anda juga tidak dibenarkan membuat pelaburan tambahan menggunakan wang anda sendiri. Pengeluaran pelaburan boleh dibuat setiap 3 bulan selepas tarikh permohonan terakhir diluluskan, tertakluk kepada jumlah baki yang mencukupi di dalam Akaun 1.

Menurut pihak EPF, bermula pada Februari 2008 , peraturan baru dan pengiraan semula akan dilakukan pada Akaun 1 pencarum bagi memberi peluang pencarum membuat pelaburan di usia muda dan sekaligus dapat menambah jumlah tabungan Akaun 1 masing masing selepas persaraan nanti.

Kalau semuanya berjalan dengan lancar,bermula pada pelaburan berdasarkan kepada figure seperti berikut.

25-29 tahun ; simpanan asas rm9,000

30-34 tahun ; simpanan asas rm18,0000

35-39 tahun ; simpanan asas rm29,000

40-44 tahun ; simpanan asas rm44,000

45-49 tahun ; simpanan asas rm64,000

50-54 tahun ; simpanan asas rm90,000

55 tahun ; simpanan asas rm120,000

PENGIRAANYA BEGINI;

Katakan
Anda berumur 27 tahun…so basic saving dalam acc 1 epf anda mesti 9k
dan jika Account 1 anda ada sebanyak RM17000.

Jumlah amaun yang anda layak melabur utk pelaburan pertama anda ialah

rm17 ribu – rm9 ribu, = rm8 ribu. ..rm8 ribu x 20 % ialah rm1.6K..
so first investment u all adalah rm1600

* Skim EPF, anda boleh membuat pelaburan setiap 3 bulan sekali.

Jenis-jenis Dana Unit Amanah

Terdapat berbagai jenis Dana Unit Amanah yang perlu diketahui dan difahami oleh para pelabur sebelum membuat keputusan untuk membeli unit-unit amanah ini. Ini kerana setiap dana mempunyai objektifnya sendiri bagi memenuhi matlamat kewangan yang ingin dicapai oleh para pelabur yang mempunyai pelbagai profil risiko tersendiri terhadap pelaburan.

Dana Pengembangan dan Pendapatan (Growth & Income Fund) 

Dana jenis ini melaburkan sebahagian besar modalnya dalam sekuriti pasaran saham di Bursa Saham manakala sebahagian lagi dilaburkan dalam instrumen pasaran wang tempatan. Dana jenis ini paling digemari oleh orang ramai kerana pelabur dapat menikmati pulangan daripada pelaburan mereka menerusi dua cara iaitu pengembangan modal hasil daripada kenaikan harga unit ataupun dividen apabila diisytiharkan. Prestasi dana ini sebahagian besar bergantung kepada prestasi Bursa Saham kerana kebanyakan pelaburan dibuat ke atas saham-saham yang diniagakan di situ.

Dana Pengembangan atau Dana Pertumbuhan (Growth Fund)

Dari segi pelaburan dana, ia menyerupai Dana Pengembangan dan Pendapatan. Perbezaannya hanya dari segi pulangan di mana dana jenis ini lebih mengutamakan pengembangan modal berbanding pembahagian dividen. Pelabur yang melabur dalam dana ini dapat mengharapkan pulangan yang lebih menarik dari segi pengembangan modal terutama apabila pasaran saham meningkat tetapi pulangan daripada dividen adalah terhad.

Dana Seimbang (Balanced Fund)

Dana unit amanah jenis ini adalah gandingan antara Dana Pengembangan dan Pendapatan dengan Dana Pasaran Wang. Ia secara amnya melabur sebahagian daripada modal di pasaran saham manakala sebahagian lagi dilaburkan dalam instrumen pasaran wang. Antara kelebihan Dana Seimbang adalah berupaya memberi pulangan yang lebih tinggi daripada Dana Pasaran Wang manakala risikonya pula adalah lebih rendah daripada Dana Pengembangan & Pendapatan. Pemegang unit dana jenis ini dapat mengharapkan pulangan yang terletak antara pulangan instrumen pasaran wang dan pulangan di Bursa Saham.

Dana Pasaran Wang (Money Market Fund)

Dana jenis ini menghadkan pelaburannya dalam instrumen pasaran wang yang dibenarkan sahaja dan tidak membuat pelaburan dalam sekuriti ataupun ekuiti di bursa saham seperti kebanyakan dana saham amanah yang lain. Dana jenis ini mempunyai risiko paling rendah berbanding dana saham amanah lain yang membuat pelaburan di pasaran saham. Namun begitu, pulangan daripada dana jenis ini juga adalah rendah kerana lazimnya pelaburan dalam instrumen pasaran wang memberikan pulangan yang rendah berbanding pelaburan di bursa saham.

Dana Bon (Bond Fund)

Dana Bon pula menghadkan pelaburannya dalam bon dan Sekuriti Hutang Persendirian (Private Debt Securities) atau lain-lain produk kewangan yang menyerupai bon dan tidak membuat pelaburan dalam sekuriti ataupun ekuiti di bursa saham seperti kebanyakan dana saham amanah yang lain. Dari segi profil risiko dan pulangan pula, ia mirip Dana Pasaran Wang di mana risiko dan pulangannya lebih rendah daripada dana saham amanah yang melabur di bursa saham.

Dana Ekuiti (Equity)

Dana ekuiti ialah jenis dana amanah yang menjurus kepada pelaburan dalam pasaran modal, khasnya ‘saham’ dan mengutamakan peluang kenaikan modal kepada pemegang unit. Pelaburan saham ini merujuk kepada pembelian pegangan dalam syarikat-syarikat perniagaan bagi mendapatkan sebahagian dari pendapatan dan aset syarikat-syarikat tersebut. Pengurus-pengurus dana memegang portfolio pelaburan pelbagai jenis saham, membolehkan amalan peruntukan aset (‘diversification’) dilakukan, dimana risiko-risiko pelaburan boleh cuba dikurangkan dengan cara meluaskan tebaran risiko meliputi serangkaian luas pelaburan aset dan corak pelaburan.

Berminat nak mula melabur Unit Trust? Contact Saya SEGERA! Klik Whatsapp Link=  <<DIRECT WHATSAPP>>

Untuk Lebih Tips Terkini, Sila LIKE Page FB Saya https://www.facebook.com/unittrustcimb

Link Pelaburan Lain Jika Anda Berminat:
        
ü          Pelaburan ASB Terbaik
ü          Pelaburan Unit Trust Terbaik

Amanah saham dibentuk menjadi pelaburan paling diminati oleh pelabur untuk mencapai kepelbagaian (pemecahan modal ke dalam saham-saham pelbagai syarikat), justeru dapat mengurangkan risiko, dengan jumlah dana atau modal yang kecil. Amanah saham merupakan skim pelaburan yang mengumpulkan wang daripada ramai pelabur yang berkongsi matlamat kewangan yang sama. Sebagai pertukaran kepada wang itu, dana menerbitkan unit kepada pelabur yang dikenali sebagai pemegang unit. Pemegang unit boleh menjual semula (iaitu menebus) unit mereka kepada dana, atau membeli (dan menjual) unit seterusnya. Pembelian dan penjualan unit amanah lebih mudah berbanding melabur terus dalam saham sesebuah syarikat di mana harga dan peluang untuk membuat urus niaga bergantung kepada penawaran dan permintaan saham pada masa itu. Keuntungan dari amanah saham adalah dalam bentuk keuntungan hasil dari peningkatan harga unit amanah saham dan dividen tahunan.

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Prestasi Saham KLSE = Prestasi Saham Unit Trust

KLSE Market Summary

Charting

Copyright © Unit Trust Malaysia Teknik Terbaik Designed by azhafizah.com