UNIT TRUST TERBAIK...Contact Kami SEGERA 0134555888

CIMB Islamic DALI Equity Growth Fund

CIMB Islamic DALI Equity Growth Fund

CIMB Islamic DALI Equity Growth Fund

CIMB Islamic DALI Equity Growth Fund



Ramai yang memang dah tahu dan kenal dana paling famous dari CIMB Principal ialah Dali Equity Growth Fund atau nama popularnya Dali 1.

Apa uniknya dana Dali 1 ni?

1- Dana paling tinggi dividen.
2- Dana paling stabil harganya.

Kenapa paling tinggi dividen? Ya, tahukah anda dividen untuk dana Dali Equity Growth Fund ini adalah terbaik dalam dana ekuiti islamik setakat ini. Jom tengok rekod history dividen dana ini:

Ogos 2011 - 7.08 sen/unit
Julai 2012 - 5.62 sen/unit
Julai 2013 - 8.25 sen/unit
Julai 2014 - 7.25 sen/unit
Julai 2015 - 6.25 sen/unit
Ogos 2016 - 6.50 sen/unit

Cuba tengok, betul tak cakap saya? semuanya lebih dari 5.5 sen/unit. Ini boleh dianggap tinggi bagi dividen dana saham Unit Trust.

Betul ke dana lain rendah dividen? Anda kan pandai...anda study lah sendiri dana lain punye dividen history....

Apa pentingnya rekod dividen?

Dana berkembang sebab apa? Ada 2 sebab:
1) Dividen
2) Perbezaan harga beli dan jual (Capital Gain)

No.2 tu anda tak boleh harap sangat sebab kalau suatu hari nanti anda nak jual, dan pada masa tu ialah ketika beza harga tak jauh beza atau ketika harga jatuh merundum, memang malang nasib anda hehehe. Tak boleh lah macam tu betul tak? Takkan lah nak jual pun kena tunggu 4-5 tahun untuk harga naik semula. 2-3 bulan, boleh la tunggu....kalau setahun pun rasa dah terlalu lama untuk hold.

Tips1: Dana yang naik turun dengan dahsyat dinamakan Volatile Fund. Bahaya dana macam ni. Anda mungkin memerlukan 3-10 tahun holding power jika hendak tunggu nilai dana kembali recover. Jika anda tak kisah menunggu, silakan.

Naik turun harga (Capital Gain Factor) anda tak boleh nak control dan jangka/predict. Dana yang jatuh menjunam dan naik melangit, sememangnya data nampak positif teramat (terutamanya jika anda kaki baca CUMULATIVE PERFORMANCE (%) hehe.

Kat sini adalah grey area bila dana tu jatuh menjunam dalam masa 3 tahun dan anda pula mula melabur dalam tempoh tersebut. Sudah tentu nilai Cumulative Performance dana tersebut rendah dan anda akan melabelkan dana tersebut teruk. Padahal itu hanyalah sifat naik turun yang sementara sahaja. Tapi apa kan daya, nilai penurunan tersebut telah direkodkan dan dikira dalam Cumulative Performance YTD, 1 Month, 3 Months, 6 Months, 1 year, 3 years dan 5 years.

Jadi berpeganglah pada REALITI suatu dana. Jangan ambil mudah baca Cumulative Performance dan Calender Year Performance sahaja. Ambil inisiatif untuk study secara betul. 

Apa yang anda perlu study?
1) Rekod Dividen
2) Pecahan Sektor yang dilaburkan oleh dana
3) Top Holding yang dilaburkan oleh dana
4) Trend dana mestilah menaik (Up Trend sahaja)

Bagaimana nak maksimumkan keuntungan dalam dana bagus yang telah dipilih?
= Timing harga serendah mungkin.............be smart....be realistic....

Dali 1 CIMB
Dali 1 CIMB
Nampak tak? Sektor yang dilaburkan oleh dana Dali1 cimb adalah majoriti sebanyak 47.09% iaitu dalam sektor Trading and Services. Oleh itu, dana ini stabil dan kurang volatile dan terjejas oleh faktor ekonomi seperti kejatuhan harga minyak petrol. kejatuhan harga minyak kelapa sawit CPO ataupun akibat kejatuhan nilai matawang Ringgit Malaysia MYR.

Sebab itulah jika dilihat pada graf Unit Trust Dali1 ini, ianya stabil menaik dan tidak bersifat volatile.

Jom tengok apa syarikat Top yang ada dalam list dana Dali Equity Growth ini:

Top Holding CIMB Islamic Dali Equity Growth Fund
Top Holding CIMB Islamic Dali Equity Growth Fund

TNB adalah sebuah syarikat yang membekalkan tenaga elektrik utama di Malaysia. Permintaan utama bagi produk dan servis elektrik adalah dari dalam negara. Permintaan adalah konsisten dan semakin meningkat. Oleh itu, TNB adalah sebuah syarikat yang stabil dan ini dijadikan faktor terbesar menantukan prestasi dana CIMB Islamic Dali Equity Growth Fund ini.

Anda yakin?

Teruskan study supaya anda boleh baca secara menyeluruh dan holistik prestasi dan potensi dana dan bukan bergantung pada nilai Cumulative Performance atau Calender Year Performance. Kalau setakat baca nilai kedua dua data ni, budak sekolah rendah pun boleh buat kesimpulan tentang presatasi dana secara spontan hehehe.

Apapun, teruskan study dan buat keputusan terbaik untuk pelaburan Unit Trust anda. Unit Trust ni pelaburan jangka panjang. Silap di permulaan, anda akan menyesal 5 hingga 10 tahun ke hadapan. Jadikan dividen sebagai faktor pilihan utama disamping faktor Capital Gain sebagai penyumbang kenaikan nilai total keuntungan pelaburan Unit Trust anda.

Apa kelemahan CIMB Principal ialah Dali Equity Growth Fund?

1) Harga seunit yang tinggi, bermaksud jika modal anda sedikit, untung pun sedikit. Anda perlu modal besar sedikit. Cadangan saya RM40K ke atas adalah jumlah yang ok untuk melabur dana ini. Ini bertujuan supaya anda mendapat bilangan unit yang lebih, seterusnya mendapat dividen yang lebih.
2) Bukan setiap masa sesuai untuk melabur dalam dana yang stabil ni. Harga tidak banyak jatuh tapi ada ketika tertentu, harga turun banyak dan ketika inilah anda kena alert dan cepat submit pelaburan anda (saya bantu anda di sini...Insha Allah). Sama sama kita timing harga terbaik setiap masa.

Tips2: Pelaburan anda tiada kaitan dengan rekod lampau. Setiap orang mempunyai nasib pelaburang berbeza walaupun jumlah wang yang sama. Apa tindakan PERTAMA anda menentukan NASIB pelaburan anda. Dua faktor kritikal adalah Harga dana (NAV) yang anda beli dan Dana yang anda pilih....

Untuk lihat Fund Fact Sheet terkini CIMB <KLIK SINI>

* Semua ini pendapat saya sahaja dan jika anda boleh teruskan study dana betul betul sebelum mula melabur... Insha Allah berjaya....

Serius nak mula melabur Unit Trust? Contact Saya SEGERA! Klik Whatsapp Link=  <<DIRECT WHATSAPP>>

Untuk Lebih Tips Terkini, Sila LIKE Page FB Saya https://www.facebook.com/unittrustcimb