PROMOSI Fund Baru CIGEF Sampai 10 Oktober 2017 SAHAJA!!! Jangan Terlepas..buka CEPAT!!!

Anda mencari-cari di mana nak labur Unit Trust ? Saya akan berkongsi dengan anda cara TERBAIK untuk melabur dengan efektif dan strategi BERKESAN. Bukan ayat manis tapi saya akan kongsikan TEKNIK PELABURAN UNIT TRUST SEBENAR jika anda berminat melabur pada jangka masa panjang dengan saya!

Benarkah Keburukan Melabur Unit Trust Guna KWSP

Benarkah Keburukan Melabur Unit Trust Guna KWSP

Keburukan melabur unit trust guna kwsp
Ramai yang bertanya kepada saya tentang isu ini. Ada yang kata baik ada yang kata buruk. Sememangnya pelaburan unit trust menggunakan kwsp ini bukan semua orang boleh buat. Ini adalah kerana, kwsp telah menetapkan kadar simpanan asas di dalam akaun1 kwsp di mana hanya mereka pada umur tertentu dan memiliki jumlah simpanan melebihi kadar simpanan asas sahaja yang dibenarkan untuk melabur di dalam Unit Trust. Senang kata, kalau jumlah dalam akaun1 tidak mencukupi, maka anda digalakkan terus mencarum untuk simpanan hari pencen anda.

Bagi mereka yang layak pula, anda dibenarkan untuk melabur dalam Unit Trust sebagai langkah untuk meningkatkan lagi jumlah simpanan anda untuk hari pencen nanti. Melabur dalam unit trust sememangnya menjadi pilihan ramai namun, ada beberapa perkara yang anda perlu faham sebelum membuat keputusan. Samada baik atau buruk, anda perlu kaji terlebih dahulu.

Baru baru ini, kita telah dikejutkan di dalam akhbar di mana, pulangan unit trust tidak melebihi dividen pihak kwsp sekalipun! Ya, ini sangat mengejutkan kepada mereka yang tersalah memilih unit trust melalui pelaburan kwsp akaun1 mereka. Sangat penting untuk mengetahui berapakah dividen yang diberikan oleh dana yang anda pilih. Sebagai contoh, jika dividen dana kurang dari 5.5 sen seunit, anda perlu lebih pro aktif mencari dana yang lebih baik. Mana nak tau dividen berapa? Senang je. Sila google Fund Fact Sheet nama dana anda pilih. Confirm anda dapat tahu tentang dividen dana tersebut.

Jika anda ada pilih dana yang kurang perform, anda boleh bila bila masa untuk redeem/cancel dan duit tersebut akan kembali ke dalam akaun1 kwsp anda dalam tempoh 2 minggu. Kemudian anda boleh pilih dana Unit Trust lain yang jauh lebih menguntungkan dan stabil.

Baik mari lihat tentang pandangan ramai isu keburukan Unit Trust KWSP.

1) Enti Fee Mahal

= Ya, biasa dikenakan 3% dikenakan untuk setiap pengeluaran EPF MIS. Jumlah ini sebenarnya jauh lebih rendah berbanding pelaburan menggunakan cash atau tunai. Pelaburan tunai, anda dikenakan dalam lingkungan 5%  hingga 6.5% bergantung dana. Ini bermaksud anda melabur 40% hingga 50% jauh lebih murah jika melabur jika menggunakan pengeluaran EPF MIS.

3% ini dikenakan hanya sekali setiap pengeluaran dan bukan tahunan. Hanya sekali untuk tempoh pelaburan dan jika anda tidak tambah pelaburan selama 30 tahun, ia seolah bernilai hanya 0.1% tahunan. Kecil betul kan?

2) Caj 3% untuk Setiap Pengeluaran Adalah Terlalu Tinggi

= Ini adalah salah faham yang biasa. Cuma perhatikan betul betul. Samada anda dicaj setahun sekali atau lump sum. Ia adalah sama sahaja! Tiada perbezaan:

Contoh anda melabur RM10,000.00 anda dikenakan caj 3% =
3% X RM10000 =RM300

Jika anda melabur RM1000.00 setiap tahun, selama 10 tahun =
3% X RM1000 X 10 tahun = RM300

Nampak tak? sama je kan

3) Tak Berbaloi Kalau Melabur hanya beza 1% dan 2% dari dividen KWSP

= Ini adalah salah faham terbesar kerana anda terlupa konsep Compounding. Kita bukannya melabur setahun, dan kutip hasil. Kita akan biarkan dana re invest dalam unit trust kan? Kesannya akan berlaku compounding effect. 

Nampak tak apa anda terlepas pandang. Sudah tentu, nilai dana anda akan berlipat kali ganda dan bukannya atas nilai beza 1% atau 2% tersebut.


Kesimpulannya, anda perlu kaji kenapa dana unit trust kwsp anda boleh mengembang secara maksimum. Sudah tentu anda akan sangat mementingkan faktor dividen. Nasihat saya, study kadar dividen dana anda sebelum anda mula melabur dalam unit trust kwsp. Semoga berjaya.



Berminat melabur?

Whatsapp SEGERA FairuzRamli 01345558888








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Prestasi Saham KLSE = Prestasi Saham Unit Trust

KLSE Market Summary

Charting

Copyright © Unit Trust Malaysia Teknik Terbaik Designed by azhafizah.com