UNIT TRUST TERBAIK...Contact Kami SEGERA 0134555888

Kepentingan Bilangan Unit Dalam Pelaburan Unit Trust

Kepentingan Bilangan Unit Dalam Pelaburan Unit Trust

unit trust bertambah kerana dividen
unit trust bertambah kerana dividen


Baik, nampaknya masih ramai yang tidak faham, malah ada yang 1st time dengar. Aduss berat....berat...hehe

Tak apa, hari ini, saya kongsikan maksud konsep bilangan unit dalam Unit Trust dan kepentingannya. Memang sangat penting!

Seperti biasa, semua orang jelas bahawa harga unit trust (NAV) sentiasa naik dan turun. Jadi kalau nak kata hari ini untung, esok tak untung pun subjektif sebenarnya. Hanya apabila kita tahu bila nak jual barulah kita tahu untung atau tidak. Sebab masa itulah, dapat tahu harga jual vs harga beli kan?

Kepentingan Bilangan Unit Dalam Pelaburan Unit Trust
Kepentingan Bilangan Unit Dalam Pelaburan Unit Trust

Jom kita tengok kiraan anggaran Unit Trust.


* andaian bahawa dividen setiap tahun adalah 6.5 sen seunit secara konsisten


 Pada Tahun 1 si A melabur RM10,000 pada harga RM1.30 seunit. Maka;

Bilangan unit = (10K - 6.5% caj up front ) / 1.30 = 9350/1.30 = 7192.3077 unit

Tahun pertama = 7192.3077 unit
Tahun ke dua = 7192.3077 unit + dividen ((7192.3077 unit X 0.065 sen) / RM1.10) = 7192.3077+ 425 = 7617.3077 unit
Tahun ke tiga =  7617.3077 unit + dividen ((7617.3077 X 0.065 sen) / RM1.20) = 7617.3077 + 412.6042 = 8029.9119 unit
Tahun ke empat = 8029.9119 unit + dividen ((8029.9119 X 0.065 sen) / RM1.32) = 8029.9119 + 395.4123 = 8425.3242 unit
Tahun ke lima = 8425.3242 unit + dividen ((8425.3242 X 0.065 sen) / RM1.40) = 8425.3242 + 391.1758 = 8816.50 unit

Dipermudahkan dalam bentuk jadual unit trust:




BILANGAN UNIT
AKIBAT DIVIDEN
NILAI SEMASA (RM)
HARGA JIKA NAV PULIH NILAI ASAL RM1.30 (POTENSI)
HARGA JIKA TIADA DIVIDEN@
KENAIKAN UNIT
TAHUN 1
7192.3077 unit
NAV RM1.30
RM9350
RM9350
RM9350
TAHUN 2
7617.3077 unit
NAV RM1.10
RM8379.0385
RM9902.50
RM7911.54
TAHUN 3
8029.9119 unit
NAV RM1.20
RM9635.8943
RM10438.89
RM8630.77
TAHUN 4
8425.3242 unit
NAV RM1.32
RM11121.4279
RM10952.92
RM9493.85
TAHUN 5
8816.50     unit
NAV RM1.40
RM12343.10
RM11461.45
RM10069.23
 

Pengajaran Unit Trust:


1) Konsisten dan Tabah dalam Melabur Unit Trust
Perhatikan, si A melabur pada harga bermula RM1.30 dan harga terus jatuh pada tahun ke dua (RM1.10) dan ke tiga (RM1.20). Jika si A lemah semangat dan lupa asas unit trust iaitu melabur perlu lebih 5 tahun untuk lihat result yang baik, maka si A akan membuat keputusan yang sia-sia jika berhenti melabur dan jual semua unit trust pada tahun ke 2 atau tahun ke 3.

Sebenarnya, walaupun market tidak baik pada tahun ke dua dan ketiga, si A memang telah berada dalam landasan pelaburan yang baik. Perhatikan bilangan unit yang dimiliki oleh si A. Bilangan meningkat setiap tahun kerana menerima dividen konsisten sebanyak 6.5 sen seunit. Sila perhatikan graf bilangan unit dalam unit trust yang dimiliki oleh si A.

Sentiasa meningkat kan? Itulah sepatutnya seorang pelabur fokuskan!

Kenaikan Bilangan Unit dalam Unit Trust Akibat Dividen Konsisten
Kenaikan Bilangan Unit dalam Unit Trust Akibat Dividen Konsisten


2) Dengan adanya Dividen Konsisten, anda Tetap Untung
Cuba lihat pada tahun ke 3, di bawah row= HARGA JIKA NAV PULIH NILAI ASAL RM1.30 (POTENSI) , anda akan dapati jika harga NAV semasa adalah sama dengan harga anda beli (maksudnya anda tidak mendapat keuntungan daripada Capital Gain), anda telah mula balik modal. Modal permulaan anda adalah RM10K, dan pada tahun ke 3 harga NAV masih RM1.30 anda dapati nilai semasa pelaburan anda adalah RM10438.89.

Lebih lama anda teruskan compounding dividend unit trust, bilangan unit anda akan makin berganda!

3) Jika Tiada Dividen, Nasib anda 100% Bergantung Pada Harga NAV Semasa
Perhatikan, pada row =  HARGA JIKA TIADA DIVIDEN@KENAIKAN UNIT , harga NAV permulaan anda adalah RM1.30 dan jika tiada kenaikan yang significant ataupun besar, anda dapati kenaikan pada tahun ke 4 iaitu RM1.32 masih tidak dapat memberi kesan. Apabila kenaikan menjadi NAV RM1.40 barulah nampak nilai pelaburan semasa RM10069.23 . Nilai ini baru balik modal ye! Belum untung pun lagi! Ha...faham-fahamlah ye kalau anda main game Capital Gain 100%, pastikan kenaikan NAV significant!

 

Kesimpulan


1) Utamakan dividen dalam pelaburan Unit Trust kerana dividen tetap menambahkan bilangan unit, walaupun turun naik harga NAV berlaku. Akhirnya selepas 5 tahun, jika dividen konsisten, bilangan unit akan mampu balik modal dan seterusnya untung.

2) Jangan bergantung sepenuhnya kepada Capital Gain sekiranya unit trust anda tak perform baik dan harga anda beli tidak berada dalam range terendah! Anda perlukan momentum yang besar untuk untung sekiranya hendak untung tanpa bantuan dividen.

3) Strategi terbaik masih lagi gabungan kedua-dua elemen Dividen dan Capital Gain!

4) Hentikan bergantung mitos Fund Return 3y, 5y, 10y jika anda tiada strategi, dan terus pilih fund atas dasar Fund Return semata-mata!