UNIT TRUST TERBAIK...Contact Kami SEGERA 0134555888

FAQ Soalan Lazim Unit Trust

Antara Soalan-soalan sering ditanya sebelum melabur Unit Trust:

Soalan berkaitan Pelaburan Unit Trust

Adakah Pulangan Unit Trust Terjamin?

Soalan: Adakah Pulangan Unit Trust terjamin?
Jawapan: Sebenarnya tiada istilah terjamin di dalam mana-mana pelaburan sekali pun.

Sebagai contoh, Pelaburan ASB. ASB tidak pernah menjamin berapakah jumlah pulangan yang akan diberikan kepada para pelaburnya. Begitu juga dengan ASN, ASW dan kesemua amanah saham di Malaysia.

Tetapi kenapa pelabur sanggup meminjam dengan bank dengan kadar faedah sehingga 7% setahun untuk melabur di dalam ASB? Ini kerana, pelabur menjangkakan pulangan yang akan diberi adalah di sekitar 8-10% setahun berdasarkan pulangan yang telah diberikan kepada pelabur terdahulu semenjak beberapa tahun yang lepas.

Begitulah juga keadaannya dengan Unit Trust. Pulangannya juga tidak terjamin. Tetapi pelabur yang terdahulu telah mendapat keuntungan melebihi 15 peratus setahun dan ada juga dana yang memberi pulangan mencecah 60 peratus setahun. Maka, atas dasar inilah kami sebagai Perunding Unit Trust yakin untuk mengesyorkan dana kami kepada para pelabur.

Adakah Pelabur Akan Rugi Apabila Harga Unit Jatuh?

“Salam. saya ade kemusykilan sikit. duit yag kita laburkan x kan rugi selagi kite x jual pada harge yg lebih rendah dr harge beli.betul ke?

maksudnye klu kite labur RM1000 (katelah 1unit=RM1) so akan dapat 1000 unit.walaupun ekonomi jatuh ke ape, unit td xkan berubah kan? yg berubah cume rege semasela kan.mgkin ble jatuh ke RM0.80 sen ke atau ke RM1.20.

katelah xkan berlaku kerugian kt cini, ape cth2u yg boleh merisikokan duit pokok yg kita laburkan td?em dgn kate lain betul ke duit pokok x kan terjejas?”

Jawapan saya..

Di dalam pelaburan unit trust, setiap kali kita melabur, wang yang kita laburkan akan ditukarkan kepada bentuk unit. Sebagai contoh (dengan mengabaikan service charge), pelabur yang melabur sebanyak RM1000 pada harga RM0.25 seunit akan mendapat 4000 unit.

Unit ini adalah tetap. Yang berubah adalah harga unit. Harga unit ini akan berubah setiap hari bursa saham diniagakan iaitu pada hari bekerja. Apabila harga unit berubah, nilai semasa akan berubah. Namun begitu, jika pelabur tidak menjual unit yang dimilikinya, pelabur tidak akan mendapat apa-apa kesan daripada kenaikan atau penurunan harga unit.

Walaupun harga unit ini sentiasa berubah dan mungkin akan mengalami penurunan, biasanya harganya akan meningkat naik dari tahun ke tahun. Selepas setahun, harga biasanya akan meningkat ke RM0.30, dan biasanya akan mencecah RM1.00 selepas 10 tahun.

One more thing, pelaburan unit trust ini tidaklah begitu berisiko seperti melabur secara terus di dalam pasaran saham dan harganya tidak akan jatuh banyak seperti harga saham-saham yang diniagakan. Ini kerana, di dalam sesebuah dana unit trust, harga unit merupakan harga purata bagi berpuluh-puluh harga saham. Jadi, harganya tidak akan turun mendadak kerana pada sesuatu masa, walaupun ada saham yang harganya turun, ada juga saham yang harganya sedang naik.

Sebagai contoh, harga saham mungkin boleh jatuh dari RM1.00 menjadi RM0.10 tetapi di dalam pelaburan unit trust, harga RM1.00 biasanya hanya turun ke RM0.90 atau paling teruk pun ke harga RM0.80.

Sebaik-baiknya, pelabur hendaklah ‘buy low sell high’ iaitu beli pada harga rendah dan jual pada harga tinggi. Jika pelabur ingin mengelakkan kerugian, jangan jual pada harga rendah dan tunggu sehingga harganya naik. Sebab itulah, saya suka menggalakkan pelabur saya agar melaburkan duit yang tidak diperlukan di dalam masa terdekat dan melabur sekurang-kurangnya setahun.
Semoga penjelasan ini dapat membantu rakan-rakan memahami dengan lebih jelas mengenai pelaburan unit trust.

Kadar Keuntungan Dividen Unit Trust ? 2 Jenis Keuntungan: Dividen + Kenaikan harga Saham Betul Ke? WoW!!!!

Hari ini saya ingin menerangkan serba sedikit tentang pengagihan keuntungan (atau biasanya dipanggil dividen) bagi pelaburan Unit Trust. Ini kerana, saya mendapati ramai yang masih keliru tentang bagaimana pengagihan ini dibayar.

Sebenarnya di dalam pelaburan Unit Trust, pelabur berpeluang untuk mendapat dua jenis keuntungan iaitu pertama dari segi kenaikan harga dan seterusnya dari segi pengagihan keuntungan (dividen). Formula untuk mengira jumlah pengagihan adalah seperti berikut:

Jumlah pengagihan = Jumlah pengagihan seunit*Jumlah unit

Sebagai contoh jika seorang pelabur telah melabur RM1055 di dalam dana XYZ. Dengan itu, pelabur akan mendapat 4000 unit.

Jumlah Unit = (Jumlah Pelaburan-Caj Perkhidmatan)/Harga Seunit
= (RM1055-55)/RM0.25
= 4000 unit

Untuk dana XYZ, Financial Year End adalah pada 31 Jan.

Jika pada 31 Jan 2009 Unit Trust mengumumkan jumlah agihan seunit bagi dana ini adalah 2sen (RM0.02), maka jumlah yang diperolehi adalah seperti berikut:

Jumlah Pengagihan = Jumlah Agihan Seunit*Jumlah Unit
= RM0.02/unit*4000unit
= RM80

Apa yang ingin saya tekankan di sini adalah walaupun pelabur yang membeli dana baru akan mendapat lebih unit (kerana harga seunit lebih murah) tetapi tak bermakna ia akan mendapat jumlah pengagihan yang lebih. Ini kerana jumlah pengagihan juga dipengaruhi oleh jumlah agihan seunit.

Sebagai maklumat tambahan, biasanya jumlah agihan seunit untuk dana lama adalah tinggi berbanding dana baru. Sebagai contoh, agihan untuk Dana ABC (dilancarkan pada April 1997) pada tahun lepas adalah sebanyak 9sen@RM0.09 seunit manakala agihan untuk DEF (dilancarkan pada April 2007) baru-baru ini cuma sebanyak 0.4sen@RM0.004.

Harap penjelasan ini dapat menjernihkan kekeliruan berhubung pembayaran pengagihan di dalam pelaburan unit trust.
 

Mahal tak caj perkhidmatan Unit Trust untuk KWSP atau EPF ?

= Berita baik untuk mereka yg ingin melabur dalam unit trust (saham amanah) melalui skim pelaburan KWSP. Caj perkhidmatan pelaburan unit trust telah diturunkan kpd 3 %. Sebelum ni caj mencecah 6-7%.

Kenapa nak melabur Unit Trust?

=
1) Modal Rendah..Unit Trust boleh dimulakan dengan permulaan serendah RM1000 sahaja!
2) Risiko Rendah. Disebabkan  Unit Trust bersifat diversified/kepelbagaian, maka risiko dikurangkan kerana saham Unit Trust dilaburkan ke dalam pelbagai aset dan syarikat.
3) Tahap liquidity/kecairan tinggi. Boleh jual segera dalam masa kurang 2 minggu (lagi cepat sebenarnya).


Serius nak mula melabur Unit Trust? Contact Saya SEGERA! Klik Whatsapp Link=  <<DIRECT WHATSAPP>>

Untuk Lebih Tips Terkini, Sila LIKE Page FB Saya https://www.facebook.com/unittrustcimb