Teknik Dollar Cost Averaging DCA atau Ringgit Cost Averaging RCA
![]() |
Mari kira-kira bersama...memang teknik DCA ini menguntungkan dan risiko rendah..dengan syarat medium/long term!!! |
Adalah menjadi lumrah iaitu kebanyakan pelabur akan menambahkan pelaburan mereka apabila keadaan pasaran adalah baik. Begitu pula bila keadaan pasaran menjunam mereka akan menjadi panik. Pada keadaan pasaran yang 'merudum' seperti itu, kebanyakan pelabur akan mula cemas dan akan menjauhkan diri dari pasaran dan hanya memerhatikan daripada jauh dengan perasaan yang berdebar-debar.
Senario di atas adalah reaksi semula jadi bagi kebanyakan pelabur dan ianya adalah beralasan kerana setiap pelabur akan merasa risau kalau-kalau pelaburan mereka akan mengalami kerugian yang besar. Walaubagaimanapun, di dalam pelaburan unit trust, kerisauan terhadap kerugian apabila keadaan pasaran menjunam hanya akan berlaku kepada pelabur yang melabur secara 'lump sum'.Sebenarnya teknik pelaburan unit trust yang paling berkesan ialah melabur secara tetap tanpa mengambil kira keadaan pasaran. Ini bermakna, tanpa memperduli keadaan pasaran - kita sepatutnya terus melabur secara tetap. Oleh kerana motif pelaburan kita di dalam unit trust ialah pelaburan jangka pajang, maka kita tidak perlu risau tentang kemerosotan pasaran semasa kerana putaran ekonomi akan tetap berlaku.
Apa maksud putaran ekonomi? Dalam bahasa dan penerangan yang mudah, putaran ekonomi bermaksud turun naik keadaan ekonomi mempunyai beberapa fasa dan setiap fasa itu pasti akan berubah dari masa ke samasa. Contohnya katakan keadaan pasaran sekarang adalah tidak baik atau merudum - kita mesti yakin bahawa pasti pada suatu masa nanti keadaan pasaran akan berubah kepada lebih baik dan akan mencapai kemuncak atau boom.
Begitulah hakikatnya. Tidak ada mana-mana pasaran saham di mana-mana negara di dunia ini yang baik sepanjang masa ataupun terus buruk sepanjang masa. Ianya seumpama suatu hukum: baik lawannya buruk, jatuh lawannya bangun, merudum lawannya boom !.
Apabila kita sudah faham bahawa memang begitulah keadaan pasaran, maka kita tidak perlu risau akan keadaan pasaran semasa yang lemah kerana pasti keadaan itu akan bertukar baik.
Sebenarnya dalam keadaan pasaran yang lemah di mana kebanyakan harga setiap unit akan jatuh itulah kita sepatutnya menambahkan lagi pembelian dan bukannya menjauhkan diri. Apa yang penting ialah kita memilih dana yang betul, selepas itu teruskan melabur secara tetap tanpa mengira harga sedang naik atau turun.
Ambil contoh yang mudah; andaikan anda sebagai seorang yang menjalankan pelaburan hartanah dan katakan yang harga hartanah sekarang jatuh kerana keadaan ekonomi yang lembab. Bagi pelabur sebenar, sudah pasti anda akan membeli seberapa banyak hartanah yang anda mampu kerana anda pasti dalam beberapa tahun akan datang keadaan ekonomi akan pulih dan pada masa itu anda akan dapat menjualnya semula dengan harga yang tinggi.
Begitulah juga dengan teknik pelaburan di dalam unit trust. Jangan perdulikan keadaan pasaran semasa tapi teruskan melabur dengan tetap kerana inilah cara atau teknik pelaburan yang paling berkesan.
Mari kita lihat dengan lebih jelas kenapa pelaburan secara tetap seperti ini akan menjanjikan pulangan kepada kita:
Dollar Cost Averaging atau Pemurataan Kos Ringgit
Tarikh
|
Harga Seunit
|
Jumlah Pelaburan
|
Jumlah Unit
|
01/01/2015
|
0.300
|
100
|
30
|
01/02/2015
|
0.400
|
100
|
40
|
01/03/2015
|
0.200
|
100
|
20
|
01/04/2015
|
0.190
|
100
|
19
|
Jumlah
|
400
|
109
|
|
Kos Purata Setiap Unit
|
0.2725
|
Bandingkan dengan jadual di bawah:
Tarikh
|
Harga Seunit
|
Jumlah Pelaburan
|
Jumlah Unit
|
01/01/2015
|
0.300
|
100
|
30
|
01/02/2015
|
0.400
|
150
|
60
|
01/03/2015
|
0.200
|
0
|
0
|
01/04/2015
|
0.190
|
0
|
0
|
Jumlah
|
250
|
90
|
|
Kos Purata Setiap Unit
|
0.360
|
Senario daripada contoh jadual di atas di mana kita
buat perbandingan di antara Ali dengan Abu. Dalam contoh tersebut, harga setiap
unit ialah 0.300,0.400,0.200 dan 0.190.
Ali melabur secara tetap setiap bulan sebanyak
RM100 walaupun harga setiap unit telah jatuh daripada 0.400 kepada 0.200 dan
seterusnya kepada 0.190. Daripada empat bulan tersebut, Ali telah
membelanjakan sebanyak RM400 dan jumlah unit saham beliau ialah 109 unit.
Oleh itu kos setiap unit saham yang dibeli oleh Ali ialah 0.2725 (109/RM400).
Manakala bagi Abu pula,beliau melabur sebanyak
RM100 pada bulan januari. pada bulan Februari harga seunit meningkat kepada
0.400, oleh itu Abu telah menambahkan pelaburannya sebanyak RM150. Pada bulan
March dan April, harga seunit telah jatuh kepada 0.200 dan 0.1900, oleh kerana
Abu risau kalau harga akan jatuh lebih lagi maka beliau berhenti melabur. Oleh
itu jumlah keseluruhan pelaburan Abu ialah RM250. Maka, kos purata setiap unit
saham yang dibeli oleh Abu ialah sebanyak 0.360(1090.3/RM250).
Daripada contoh di atas, kita boleh lihat iaitu kos
setiap unit saham yang dibeli oleh Ali adalah lebih rendah berbanding kos
setiap unit saham bagi Abu.
Kesimpulan Teknik DCA:
Pilih Dana yang tepat (berdasarkan prestasi tahun-tahun terkini)
Di masa keadaan pasaran yang tidak baik, harga setiap unit adalah rendah - oleh itu, pada harga yang masih rendah ini lah kita harus mula atau menambahkan pelaburan dan bukannya mengambil langkah tidak melabur.
Teknik ini sangat sesuai sekiranya anda melabur melalui wang KWSP. Ini kerana wang tersebut memang tidak boleh digunakan pun sehinggalah anda mencapai umur pencen.
Pada masa keadaan saham baik, iaitu pada harga sedang naik - anda mempunyai 2 pilihan:
Semasa keadaan harga sedang meningkat naik - teruskan melabur seperti biasa
Bila harga sudah agak statik dan ada tanda mahu turun - jualkan dahulu unit yang ada untuk mendapatkan keuntungan yang telah dikumpul sebelumnya
Manakala untuk pelaburan baru - laburkan seperti biasa untuk mendapatkan "Faedah Kos Purata" (dollar cost avaraging advantage).
* Teknik DCA hanya 40%...gabungan TEKNIK bijak lain amat diperlukan! Mari melabur bersama saya untuk kita OPTIMUM kan pelaburan anda.
Serius nak mula melabur Unit Trust? Contact Saya SEGERA! Klik Whatsapp Link= <<DIRECT WHATSAPP>>
- Apakah Unit Trust atau Amanah Saham
- Bagaimana Unit Trust Buat Untung? Cara Kira Unit Trust
- Boleh ke beli Rumah guna Unit Trust?
- Cara Jika Nak Mula Melabur Unit Trust - Newbie
- Cara Untuk Melabur Unit Trust Tanpa Modal
- FAQ Soalan Lazim Unit Trust
- Fakta KWSP yang Menakutkan: Ambil cakna dan bertindak
- Gandakan Keuntungan Pelaburan Unit Trust Anda
- Kenapa Melabur Sendiri Tanpa Ejen Selalu Gagal?
- Panduan Cara Kurangkan Cukai Pendapatan Individu 2015
- Perunding CWA Cimb Wealth Advisor
- Perunding Public Mutual
- Petunjuk Saham Unit Trust Akan Jatuh Teruk
- Quotation Pelaburan Unit Trust Untuk Anda: Anda Buat Pilihan Terbaik
- Rating Ranking Unit Trust Terbaik Malaysia? Yang Mana Satu Nak Pilih
- Strategi dan Teknik Berkesan untuk Pelaburan Unit Trust Terbaik
- Tambah Pendapatan dan Rezeki Untuk Keluarga dan Masa Depan. Pelaburan Unit Trust
- Teknik Dollar Cost Averaging DCA atau Ringgit Cost Averaging RCA
- Testimoni Unit Trust Terbaik Malaysia
- Unit Trust Fund Terbaik Dana Saham Amanah Terbaik The Best Unit Trust Islamic Fund : CIMB Islamic Fund
- Unit Trust adalah Satu Teknik Menyimpan Wang
Link Pelaburan Lain Jika Anda Berminat: