UNIT TRUST TERBAIK...Contact Kami SEGERA 0134555888

Unit Trust for Newbie Budak Baru Belajar

Unit Trust for Newbie Budak Baru Belajar

unit trust for begineer malaysia
Unit Trus untuk beginner dan newbie


Semakin lama semakin ramai yang berminat nak melabur Unit Trust. Ramai dah tahu, untuk menjadi kaya raya bukan setakat pelaburan jangka pendek seperti ASB Loan, anda perlu ada mekanisma atau instrumen pelaburan berjenis jangka panjang.

Kenapa nak jangka panjang kalau jangka pendek pun ada? Jawapannya ialah kuasa Compounding! Memang tidak dinafikan sikit-sikit lama-lama jadi bukit tapi dengan pelaburan jangka panjang terutamanya Unit Trust, anda dapat gandakan wang anda secara luar biasa.

Tapi ada beberapa konsep penting yang anda perlu faham sebelum memulakan langkah pelaburan Unit Trust anda yang pertama:


1) Unit Trust Wajib Islamic

- Ada begitu banyak fund atau dana yang konvensional di luar sana. Hati-hati untuk orang muslim. Bukan konvensional sahaja yang menawarkan pulangan yang tinggi. Dana Unit Trust Islamic pun ada juga. Dana islamic biasanya ada nama islamic. Contoh, CIMB Islamic Dividen Fund <--contoh shj.


2) Faham Konsep Pelaburan Jangka Panjang

- Ramai yang tak faham. Masuk setahun, tahun depan nak keluarkan duit pelaburan Unit Trust. Tahukah anda, mana-mana Unit Trust yang dikeluarkan dalam tempoh kurang 3 tahun akan mengalami kerugian? Ya, memang rugi. Kalau anda tak dapat terima hakikat ini, TOLONG JANGAN MELABUR UNIT TRUST.....anda BUANG MASA sahaja. Kekayaan tidak sesuai dengan sifat kurang sabar anda. Nama "Jangka Panjang" bermaksud 5 tahun dan ke atas.


3) Jangan Terpengaruh dengan Pelaburan Unit Trust Secara Online

- Tahukah anda, Unit Trust yang bagus-bagus tidak diniagakan secara online? Dan anda perlu dapatkan ejen Unit Trust untuk melabur bagi pihak anda! Newbie banyak terpengaruh dan tertipu. Mereka sangka dengan mendapatkan yuran Up Front murah bermakna mereka akan untung lebih besar. Sebenarnya jauh meleset. Ada sebab kenapa tidak semua dana Unit Trust yang power ini berada dalam urusniaga online.



4) Terlalu mengejar Yuran Up Front Termurah

- Setiap dana Unit Trust mempunyai yuran Up Front berbeza. Newbie ramai berfikir yuran murah untung tinggi. Hahaha biasalah...kiraan matematik mudah. Sebenarnya, harga yuran berbeza menunjukkan prestasi dana Unit Trust tersebut. Mulakan kajian anda. Anda pasti dapati yuran tinggi dana Unit Trustnya berprestasi lebih tinggi dan dividen lebih tinggi.


5) Pilih Ejen Unit Trust yang Boleh Diharap


- Macam mana tu? Anda perlu survey. Anda boleh kemukakan soalan-soalan untuk melihat tahap kecekapan ejen Unit Trust anda. Kalau anda dah yakin, barulah anda pilih ejen tersebut.
- Ada yang cakap, tak payah pakai ejen, buat sendiri lagi untung. Ini adalah satu konsep yang salah. Sebagai pelabur biasa, kita tak mungkin dapat monitor turun naik Unit Trust setiap hari. Sebab itu kita gunakan ejen, Boleh baca sini kenapa pelabur tanpa ejen selalu gagal <BACA SINI>


Ok dah faham konsep asas di atas?

Kita tengok pula konsep Urusniaga Unit Trust. Ada 2 Perkara paling penting:


1) Timing Beli Murah - Jual Mahal

2) Dividen adalah Keuntungan. Dividen rendah Say NO....Tak ada dividen...BIG NOOOOO!!!!


Bila nak timing beli murah? Tanya lah ejen anda..mereka monitor harga setiap hari, bulan dan tahun. Pasti mereka perasan dan tahu bila masa rendah. Mungkin juga ketika ekonomi negara tengah meleset. Harga Unit Trust pun rendah. Masa tu kita beli dengan harga serendah mungkin.

Bila nak timing jual mahal? Bila anda tahu harga anda masuk, anda pasti kena tunggu betul-betul sebelum anda jual. Contoh anda masuk ketika harga RM0.50 sudah tentu masa nak jual anda kena pastikan harga Unit Trust ketika itu lebih tinggi dari RM0.50 .

Apa dividen? Penting ke? Semua orang faham bila sebut dividen ASB. 8% daripada duit pelaburan ASB. Konsep yang sama cuma diberi dalam bentuk per unit Unit Trust anda. Jadi bila anda dah faham konsep dividen adalah keuntungan, anda jangan bertolak ansur lagi jika anda tanya ejen anda atau anda buat research dana Unit Trust yang anda cadang nak masuk tu memberikan dividen yang rendah atau tiada dividen langsung! Apa maksud rendah....pengalaman saya, dividen yang di bawah 5sen se unit, dianggap rendah. Elakkan daripada memilih dana Unit Trust seperti ini. Ada juga dana Unit Trust yang tidak memberikan dividen dan menggantikan dengan pemberikan sejumlah unit saham percuma. Nasihat saya, elakkan mengambil dana Unit Trust seperti ini. Memang tak untung maksimum.

Bertindak bijak sebelum anda mula melabur Unit Trust. Semoga memberi panduan kepada pelabur sekalian.


Selamat berjaya diucapkan....



Serius nak mula melabur Unit Trust? Contact Saya SEGERA! Klik Whatsapp Link=  <<DIRECT WHATSAPP>>

Untuk Lebih Tips Terkini, Sila LIKE Page FB Saya https://www.facebook.com/unittrustcimb