UNIT TRUST TERBAIK...Contact Kami SEGERA 0134555888

Teknik Unit Trust Fokus Capital Gain

Teknik Unit Trust Fokus Capital Gain

capital gain Unit Trust
capital gain Unit Trust


Sebenarnya ramai yang telah memilih dana yang berjenis Capital Gain tanpa disedari. Ada diantara mereka yang ter "pilih" disebabkan hanya baca pada label "fund return" semata-mata tanpa lihat dviden ada atau tidak dalam fund tersebut, dalam Fund Fact Sheet. Ada juga yang ikut-ikutan hehe.

Capital Gain Unit Trust


Sebelum tu, apa Capital Gain Unit Trust ni?

Capital Gain adalah keuntungan yang diperolehi daripada perbezaan harga beli dan harga jual, unit trust anda.

Contoh mudah faham. Ahmad membeli unit trust berjenis capital gain.

Tahun 1 = beli 1 unit trust pada harga NAV RM0.25

Tahun 5 =harga NAV telah naik kepada RM0.48

Capital Gain = (harga jual - harga beli) X100% = (0.48-0.25) X100% = 23%

Ahmad telah untung capital gain sebanyak 23%




Baik, jom lihat apa sifat dana yang berjenis capital gain.

1) Tiada dividen atau dividen bawah 5.5 sen seunit
2) Kenaikan dana dengan beza yang tinggi sehingga ada perbezaan yang melebihi 20 sen seunit.
3) Graf bersifat up trend

Sebelum tu, apa sifat dana berjenis capital gain yang gagal dan berkualiti rendah?

1) Tiada dividen langsung (tapi kalau kenaikan harga NAV pun sikit jer)
2) Kenaikan harga NAV range 0.1 sen hingga 1.0 sen sahaja (tak ada yang significant kenaikan yang tinggi)
3) Graf bersifat side way

Perhatikan dana anda dalam tempoh 5 tahun, ada tak mana-mana sifat daripada 3 contoh diberi di atas?

Jom tengok contoh tips melabur dalam dana berjenis capital gain

Teknik capital gain Unit Trust
Teknik capital gain Unit Trust

Selalunya setelah mengalami kenaikan yang tinggi dan hebat, rekod penarafan dana tersebut akan cemerlang dan anda akan lihat "fund return" menjadi tinggi dan selalunya menang macam-macam award!

Tapi pada ketika itu, harga NAV sedang tinggi dan sedang berada di puncak maksimum kenaikan, dan jika anda baru nak mula melabur, adakah akan berlaku kenaikan berganda yang lebih tinggi daripada kedudukan sekarang? 

Hati-hati apabila bentuk graf mulai mendatar atau side ways. Ia menandakan kenaikan sudah maksimum dan tiada lagi kenaikan seperti itu lagi dan berikutnya hanyalah mendatar atau mulai menurun.

Bayangkan, anda mula melabur pada harga tertinggi dan apa yang berlaku berikutnya selepas beberapa bulan, harga jatuh dan anda mulai mengalami kerugian dan nilai pelaburan anda turun mendadak sehingga ribuan ringgit!

Anda pernah alami pengalaman pelaburan begini?


Hehe...apa yang boleh kita buat?

Nanti kita bincang.....