UNIT TRUST TERBAIK...Contact Kami SEGERA 0134555888

Kelebihan Menjadi Ejen Unit Trust

Kelebihan Menjadi Ejen Unit Trust

Cara Jadi Ejen Unit Trust CWA
Cara Jadi Ejen Unit Trust CWA


Ramai yang whatsapp saya dan bertanya tentang selok belok sebelum nak apply jadi Ejen Unit Trust. Jadi hari ni saya nak share kepada semua yang berminat dan sedang mencari maklumat tentang ejen unit trust atau ejen unit amanah.

Sebelum cerita yang manis manis (not my style), saya ceritakan dulu kenapa ramai yang gagal bila menceburi bidang ejen unit trust:

1- Tiada pedoman, lepas lulus exam tak tau nak start macam mana, bagaimana, kenapa dan bila dan apa bla...bla...bla...
= Ramai yang lepas lulus (atas kertas layak dah tu), tapi expired macam tu je lesen. Ini kerana tiada bimbingan leader dan pembinaan dalam kerjaya yang berterusan.

2- Sales suam suam kuku, lepas setahun dua akhirnya tak memenuhi requirement dan lesen kena terminate.
= Ya, ini masalah utama ejen unit trust. Akhirnya terjerumus menjadi ejen yang annoying di mana sering attack orang sekeliling (anda biasa jumpa orang macam ni kan hehehe).

3- Tiada pengalaman dan tiada databasa client.
= Ini faktor utama fresh graduate selalu gagal bila join ejen unit trust (bukan semua ya). Ini kerana kejayaan seseorang yang buat sales (terutamanya ejen unit trust) adalah contact dan prospect. Anda tak kenal orang, jadi agak sukar (bukan tak boleh tapi lebih sukar) untuk membuat sales yang besar. Sangat sangat penting untuk anda ada database atau kenalan yang boleh menjadi prospect. Di sinilah datangnya kelebihan jurujual atau pekerja berpengalaman yang berurusan dengan ramai orang (ada contact dan database client sendiri), contohnya Ejen Penapis Air (contoh sahaja ye, boleh jadi juga bankers, ejen insurans, ejen MLM, ejen hartanah dan lain lain). Oleh kerana telah banyak client yang telah diuruskan pemasangan, kadang kadang seorang ejen penapis air akan dapati selepas jualan pertama, agak sukar untuk mendapatkan jualan yang kedua untuk pelanggan yang sama. Tapi jika seorang ejen penapis air ini tahu tentang kelayakan kewangan seseorang client tersebut, ejen penapis air boleh offer jika pelanggan berminat untuk melabur dalam unit amanah (dengan syarat jadi ejen unit trust juga lah).

Di sini anda kena faham 3 isu di atas sebelum benar benar nak jadi seorang ejen unit trust.

Baik, jika anda betul betul serius dan faham 3 isu di atas, saya ceritakan pula kelebihan dan kenapa sebenarnya orang berminat nak jadi ejen unit trust.

1- Pilihan Sepenuh Masa atau Separuh Masa
= Ya, tahukah anda ramai ejen unit trust separuh masa yang sangat berjaya dan income melebihi mereka yang sepenuh masa (bukan semua ya). Ini bermakna, bukan status part time atau full time yang penting, tetapi komitmen anda membuat sales sahaja yang penting.

2- Tidak Perlu Berhenti Kerja Sekarang untuk Jadi Ejen Unit Trust
= Majoriti Ejen Unit Trust yang Berjaya adalah Pekerja Oil and Gas, Ejen Insurans, Ejen Penapis Air, Ejen Hartanah, Bankers. Oleh kerana contact mereka ramai, mereka boleh membuat lebih banyak sales dan contact mereka lebih percayakan mereka kerana pernah berurusan sebelum ini. Bayangkan jika seorang Dato membeli hartanah RM1 Juta dengan ejen hartanah dan diuruskan dengan baik dan puas hati, adakah sukar untuk ejen hartanah tersebut mendapatkan kepercayaan untuk caruman unit trust? Sudah tentu lebih senang kerana hubungan kepercayaan yang telah sedia terbina kan?

3- Kebebasan Masa
= Anda tidak tertakluk kepada waktu kerja yang ketat. Masa yang anda perlu commit hanyalah appointment anda dengan client. Masa tersebut anda yang set sendiri dan tentukan. Mudah kan? Ada ejen yang saya kenal hanya bekerja sabtu dan ahad (malam sahaja) untuk appointment dengan client. Isnin hingga Jumaat adalah lapang selapangnya hehe. Best betul tak?

4- Kebebasan Kewangan dan Pelbagai Sumber Pendapatan
= Jika anda jumlah client tetap, anda akan dapati income anda akan stabil setiap bulan. Kadang kadang melebihi income gaji sedia ada anda. Benar kebebasan kewangan ini bukan berlaku sekelip mata tapi dengan sedikit demi sedikit anda akan membina portfolio client yang tetap dan menyumbang kepada peningkatan income anda. Ini jelas kerana pendapatan anda bukan sahaja datang daripada sumber dari client Unit Trust tetapi juga dari sumber client Asb Loan, Private Retirement Scheme (PRS), Insurans Takaful, Pelan Wasiat Hibah dan Lain lain pelan kewangan. Setiap prospect client anda boleh ambil pelbagai servis kewangan dengan anda (cross sell/ up sell/ down sell). Bayangkan dengan kepelbagaian sumber income ini, pastinya income anda lebih besar berbanding ejen unit trust tradisional.


3 Tips saya untuk mereka yang berminat nak jadi ejen unit trust:
1- Pastikan anda boleh buat sales (database client, prospect dan pengalaman kerja sangat membantu)
2- Pastikan anda seorang yang fleksibel dan serius menjaga pelanggan. Pelanggan adalah sumber income jadi penting untuk anda serius dalam bidang unit trust.
3- Tidak bergantung kepada nama syarikat, nama agensi yang gah kerana semua ini tidak seratus peratus membantu kerja anda dalam unit trust (jika anda ada pengalaman kerja dalam sales anda akan faham maksud saya). Syarikat hanya sediakan produk, akhirnya anda yang perlu bijak buat sales. Anda perlu belajar cara buat sales kendiri berbanding terlalu mengharapkan latihan dan tunjuk ajar daripada leader (orang manja dalam bidang sales selalu tak berjaya hehehe). Sila jadi independent dan berdikari. Ada ejen unit trust yang telah join agensi no.1 di Malaysia namun lepas setahun kena terminate lesen. Kenapa? Agensi yang no.1 tapi ejen tersebut no. last hehehe. Sila fahami maksud saya dengan jelas. Anda buat sales bukan agensi anda. Anda berjaya buat income buat agensi buat income untuk anda.

Jika anda berminat untuk jadi ejen unit trust berdikari, multiple income source, secara part time atau full time, ada pengelaman sales sekurang-kurangnya 3 tahun, fleksibel, boleh berdikari, boleh diajar dan serius buat income tambahan, sila whatsapp saya info:

Sila Whatsapp info berikut:


1- Nama Penuh
2- Umur Tahun ini
3- Pekerjaan Sekarang dan sudah berapa tahun
4- Lokasi Anda Sekarang
4- Pilihan Lokasi Personal BOP 

Contoh;
Mohd Ali bin Abu
36 tahun
Petaling Jaya, Selangor
Ejen Insurans Great Eastern 5 Tahun, Jurujual Kereta Proton 3 tahun
Area Petaling Jaya

 KLIK Whatsapp <DIRECT FAIRUZRAMLI>














Serius nak mula melabur Unit Trust? Contact Saya SEGERA! Klik Whatsapp Link=  <<DIRECT WHATSAPP>>

Untuk Lebih Tips Terkini, Sila LIKE Page FB Saya https://www.facebook.com/unittrustcimb