UNIT TRUST TERBAIK...Contact Kami SEGERA 0134555888

Unit Trust ni Halal ke Haram?

Unit Trust ni Halal ke Haram?


Pelaburan Unit Trust Patuh Syariah Malaysia
Pelaburan Unit Trust Patuh Syariah Malaysia

Ramai juga yang bertanya saya baru-baru ni tentang isu haram halal ni. Maklumlah, bila sebut pelaburan untuk orang islam ramai yang fokus pada ASB. Timbul isu haram halal...akhirnya terbukti Majlis Fatwa Kebangsaan telah memberi pelepasan untuk umat islam di Malaysia untuk meneruskan pelaburan dalam ASB demi kebaikan ummah seluruhnya. Rujuk sini <SINI>

Tak lama lepas tu timbul pula kes Tabung Haji terkeluar daripada senarai Patuh Syariah akibat pembelian saham Parkson Holding dan MRCB. Pelbagai lagi spekulasi telah berlaku. Tapi itulah kebenaran dalam pahit. Senang untuk mohon tapi bukan senang untuk mengekalkan status Patuh Syariah di Malaysia kalau tak berhati-hati dalam pelaburan yang dibuat. Kalau syarikat besar pun boleh tersilap melabur inikan pula pelabur individu. Harap-harapnya lepas ni kita lebih alert dan berhati-hati dalam pelaburan Unit Trust Islamik dan Patuh Syariah.

Kita berbalik kepada Unit Trust. Kepada semua orang islam di Malaysia, harap beri perhatian. Jika anda melabur dalam Unit Trust, pastikan dana atau fund yang anda pilih tersebut merupakan dana patuh syariah atau islamik. Ini sangat penting kerana jika dilihat di dalam pelaburan ASB, sampai berlaku perbahasan hangat untuk menentukan hukum pelaburan tersebut. Jika anda melabur dalam Unit Trust yang bukan patuh syariah dan islamik, bermakna anda secara terang terangan telah melabur dalam satu bentuk pelaburan yang haram!

Saya tidaklah pandai dalam hal-hal sebegini tapi anda harus rujuk kepada pihak yang lebih arif jika sebelum ini anda telah pun melabur dalam dana atau fund tak patuh syariah. Anda perlu faham, kadang-kadang ada dana atau fund yang agak menonjol dalam pemberian dividen dan sebagainya, tapi jika diteliti senarai pecahan portfolio pelaburan mereka jelas mereka melabur dalam bidang perjudian, kasino dan arak. No wonder untung lebih hihihi.

Ramai juga bertanya kepada saya tentang perbandingan dalam FundSupermart dan iMoney tentang Unit Trust. Ya mereka membuat perbandingan secara keseluruhan namun saya perhatikan ada 2 kekurangan di sana.

1) Banyak lagi dana tidak disenaraikan dalam list mereka (Fundsupermart dan iMoney). Ini tak adil untuk perbandingan kan? Hanya fund berdaftar dengan mereka sahaja ada dalam list mereka. Itupun sikit sahaja...(Oooo baru tau banyak lagi pilihan fund dalam Malaysia ni ye)
2) Percampuran berbandingan. Ini menyebabkan bakal pelaburan dengan mudah mula melabur dengan hanya klik sahaja pada hasil carta terbaik dalam list tersebut. Kena faham bahawa orang islam perlu BANYAK BERSABAR dan BERFIKIR panjang dalam isu berkaitan HALAL HARAM ini. Adakah fund yang anda klik untuk labur itu patuh syariah?

Akhir sekali, saya nasihatkan kepada bakal-bakal pelabur semua untuk sentiasa mengutamakan Prinsip Patuh Syariah dan Keuntungan Terbaik.

Semoga kita sama-sama mendapat keberkatan daripada pelaburan Unit Trust Patuh Syariah......

Sekadar Selingan:



Ahli Majlis Penasihat Shariah SC
Berkuatkuasa 1 Julai 2014 – 30 Jun 2017
No.
Nama
Jawatan
1.
Y.A.Bhg. Tun Abdul Hamid bin Haji Mohamad
Former Chief Justice Malaysia
2.
Y.Bhg. Tan Sri Sheikh Ghazali bin Haji Abdul Rahman
Shariah Legal Advisor, Attorney General’s Chambers
3.
Y.Bhg. Datuk Dr Mohd Daud Bakar
Group Chairman, Amanie Advisors
4.
Y.Bhg. Dato’ Dr. Abdul Halim bin Ismail
Chairman, Shariah Committee of Shariah-Compliant Funds of Amanah Mutual Bhd
5.
Sahibus Samahah Dr Haji Zulkifly bin Muda
Terengganu Mufti
6.
Prof Dr Ashraf bin Md Hashim
Chief Executive Officer, ISRA Consultancy Sdn Bhd
7.
Prof Dr Engku Rabiah Adawiah Engku Ali
IIUM Institute of Islamic Banking and Finance (IIiBF), International Islamic University Malaysia
8.
Prof Mohamed Ismail bin Mohamed Shariff
Adjunct Professor, International Centre for Education in Islamic Finance and Founder of Mohamed Ismail & Co.
9.
Prof Madya Dr. Aznan bin Hasan
Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Laws, International Islamic University Malaysia
10.
Prof Madya Dr Asmadi Mohamed Naim
Dean, Islamic Business School, Universiti Utara Malaysia
11.
Dr Shamsiah Mohamad
Senior Researcher, International Shari’ah Research Academy for Islamic Finance (ISRA)


Serius nak mula melabur Unit Trust? Contact Saya SEGERA! Klik Whatsapp Link=  <<DIRECT WHATSAPP>>

Untuk Lebih Tips Terkini, Sila LIKE Page FB Saya https://www.facebook.com/unittrustcimb